Tuesday, May 26, 2009
Langguage
Nasi sudah jadi bubur
Translation Rice is cooked until it has already become porridge
What it means The situation cannot be recovered.
da yu da rou
Translation Many meat dishes to accompany your meal
What it means Living a prosperous life with good food at every meal
Chupdi aur doe doe
Translation Want two instead of one slice of bread, and that too with butter (Hindi)
What it means Asking too much
Pazhaga pazhaga paalum pulikkum
Translation Even milk will become sour if you drink too much (Tamil)
What it means Familiarity breeds contemp
Diari Seorang Lelaki...
Pemandangan Bintulu dari udara
Rig West Janus, jack-up type..the best rig yang aku pernah pergi.
Tiba ke destinasi yang pasti membuat aku sentiasa merindukan darat.
Tuesday, May 19, 2009
Hari ni aku rasa bosan, terkejut, lazat, dan seram....
~Terkejut~
~Lazat~
~Serrrrraammmm~
Lepas makan aku rehat lepas tu pergi kedai jalan kaki jer beli barang lebih kurang 200m jarak pegi balik. Balik dari kedai aku berjalan selamba sambil menyanyikan lagu Pencinta Wanita~dari Irwanshah. Apabila sampai di satu kawasan semak yang sunyi tetibe je suatu perasaan ganjil dan seram menyelubungi seluruh pelusok jiwaku. Mataku memerhati sekeliling kawasan itu dan seperti diduga....jeng...jeng.....jengggggg....., satu lembaga hitam berkaki, berekor, berbulu kasar serta berwajah bengis seperti binatang keluar dari semak dan meluru ke arah aku sekelip mata dengan begitu pantas...'oh mak kau', aku punyer terkejut sampai nak tertanggal kain pelekat aku. Rupa2 nya lembaga tersebut menuju ke arah bangkai seekor tikus yang berada betul2 di depan aku....Aku tergamam seketika itu, mulut terkelu lidah terkunci tidak terungkap sepatah perkataan pun. Tetiba lembaga tersebut berhenti dan matanya dengan tajam memandang tepat ke arah aku. Rupe2 nya dia pun terkejut, sama macam aku terkejut. Kemudian, aku terus lari ke depan sambil lembaga itu lari ke belakang dan masuk semula ke dalam semak. Aku berlari sehingga ku yakin lembaga tersebut betul2 dah hilang...huih berpeluh beb!
Kemudian, baru aku teringat beberapa minggu lepas, Mak Yah ada menceritakan tentang benda tersebut yang kerap memasuki rumah2 disekitar kediaman kami secara misteri. Mulanya aku x percaya, tapi setelah melihat sendiri dengan mata kepala, barulah aku percaya. Syukurlah aku selamat....
Setiba di rumah, aku rasa tersangat letih sehingga tertidur. Dalam tidur aku termimpikan lembaga tadi. Aku tak berapa ingat mimpi tersebut, seolah2 kami berdialog. Aku tak berapa ingat apa yang kami cakapkan sebab bahasa dia pun agak pelik!!!...lebih kurang dialognya beginilah kalau x silap:
Aku: Sape nama kau?
Lembaga Hitam: del nostro pianeta Crytoprocta ferox.
Aku: Kenapa kau kacau aku?, ini bukan tempat kau
Lembaga Hitam: è nata per contribuire a colmare il vuoto di contenuti nel panorama dei siti
Aku: Apa kau cakap ni? kau berasal dari mana?
Lembaga Hitam: italiani si propone di svolgere attività di promozione culturale diretta alla consapevole
Aku: Baiklah, kau tinggalkan lah tempat ni. Tak sesuai. Janganlah kau ganggu kami manusia disini. Kami tak pernah menganggu kau...Pergilahh...Pergiiii
Lembaga Hitam: Finalità di gurami sono: lo sviluppo di una coscienza comune rivolta alla protezione, alla conservazione ed al ripristino della biodiversità rappresentata dalle specie viventi negli habitat del nostro pianeta; la conservazione del patrimonio..bye
Aku: Bye.......
Aku pun terjaga dan terus menulis di dalam blog ini.................
Why Teachers are So Stressed...
korang still ingat x, masa kat skolah dulu kita selalu tengok guru selalu marah2, muka monyok jer masuk kelas....nak aku tau apa reason nyerrr? Korang baca essay kat bawah ni n
"lu fikirlah sendiri"...
Kalau aku jadi techer dia, aku pun sakit pale..
Interesting answer..given by children to make teacher's world upside down :-
Monday, May 18, 2009
Resepi Tradisional Melayu Kuno
Balik dr kedai Mien dah ready nak masak. Ikan tu dia nak masak Senggang/Pindang, aku pun x sure mana satu nama yang betul. So, udang tu dia suruh aku goreng jer. Kami pun start lah bekerja untuk menyiapkan masakan masing2...setelah bertungkus-lumus selama lebih kurang sejam lebih, akhirnya makanan pun siap. Tak sangka, wife aku ni pandai jugak masak. Cuma taste je tak berapa balance lah...dia kata nanti dia improve. Jadi hari ni, aku nak kongsi lah cara2 nak menyediakan kedua2 menu kami tadi...check it out!
Ikan Kapak masak Sri Pindang Utama
Bahan-bahan
1. Ikan Kapak saiz sederhana ~ 300g (kalau ada telur lagi sedap...agaknya)
2. Bawang besar n bawang kecik, putih dan merah, campur semua sekali, 150g.
3. Kunyit sikit (digalakkan guna kunyit hidup instead of kunyit mati)
4. Cili padi 3-4 batang (yang hijau dan tua)
5. Asam jawa (sejemput)
Cara-cara memasak
Kisar bahan-bahan 2-4 di atas., pastu tumis dengan api yang sederhana, masukkan air asam jawa (sambil menyanyi "ikan di laut, asam di gunung, dalam periuk bikin muafakat"), masukkan ikan n campur garam sikit, agak2 dah lama tu, ...pastu tunggu sampai masak..Siapppppp...Senangkannnn....Cubalah, sesuai dimasak utk majlis2 sambutan hari guru atau hari jadi. Hidangkan ketika panas. Kalau tak abes makan, simpan, pastu panaskan lagi. Boleh tahan 2 hari....Selamat mencuba
Udang goreng Kunyit Sri Pontian Kechil
Bahan-bahan
1. Udang basah Pontian (segar dari laut)
2. Serbuk kunyit 2 sudu teh.
3. Garam halus secukup rasa
Lumurkan udang-udang tersebut dengan kunyit dan garam, pastu goreng dalam menatang minyak yang penuh sehingga warna udang bertukar dari warna asal ke warna kuning. Anda boleh memadamkan api setelah bau udang menusuk harum ke dalam hidung... SelAMAT MENCUBA...bYe.
Sunday, May 17, 2009
Menjelang Hari Bahagia..
Majlis Pernikahan di Masjid Besar Pontian
Lebih kurang 7pg aku sudah bersiap2 untuk ke Pontian bersama rombongan keluarga. Pagi ini adalah pagi yang sangat penting buat aku khususnya dan bagi semua kaum lelaki am nya iaitu majlis pernikahan. Kami dijadualkan bernikah pada jam 10am (waktu KL). Lebih kurang jam 9pg kami tiba di Masjid Besar Pontian. Setibanya di sana, kami terus menuju ke dalam Masjid. Tepat jam 10pg, Tuk kadi memanggil kedua2 belah pihat untuk sedia menjalankan acara pernikahan. Tok kadi suruh amek wuduq dulu.......
Semuanya dah ready, aku memang dah nervous abes tengok Tok Kadi. pagi tu ade beberapa pasangan lain turut bernikah. Tapi, kadi lain2 la...Malam tadi aku dah menghafal cukup2. Atas bantuan dan tunjuk ajar abang ipar aku, aku agak konfiden gak la.
Kadi: Nozri (sebutan pelat arab), anda susah bersedia?
Aku: Yerrr tok, saya sedia.
Kadi: Adakah anda mahu cuba try dulu atau terus jalan akad?
Aku: Jalan terus tok....(dalam hati, memang nak cepat jerrr)
Kadi: Bagus, kita mulakan......Mohd Nozri......blablabla...tunai!
Aku: Aku terima ...blablabla.............blablabla...................tunai!
Kadi: Sah?....Sah?.....Sah?
Saksi: Sahhhhhhh....(beramai2)
Kadi: Alhamdulillah...lepas doa, kamu buat sujud Syukur yerr. Tau tak macam mana
sujud syukur?
Aku: eeerrrrr...tau tok... :) ????????
Alhamdulillah dengan sekali lafaz kami sah bergelar suami isteri...aku pun mulakan sujud ayukur di tempat solat Imam sambil disaksikan semua tetamu.....amiinnnn..
Kadi: Boleh baca qutbah nikah?
Aku: errr...tok baca lebih afdal. Tok jer la baca.
Kadi: Haaaaa....qutbah ni kene baca kuat2 dan terang. Kalau baca x kuat, bukan qutbah
namanya. Takpe, biar saya yang baca...blablabla..........blablabla.....
Kadi: Anda faham?
Aku: Faham tok
Kadi: Anda boleh baca Taklik nikah?
Aku: Boleh tok. Saya cuba, (dengan yakin.....sekali tulisan arab daaaa!!!)....blablablablabla....
Kadi: Sungguh lancar bacaannya. Kamu ni cikgu sekolah agama ker?
Aku: :) xla tok, saya bukan cikgu sekolah agama (senyum bangga dipuji) cuma ada la
belajar sikit2....
Majlis Persandingan di rumah perempuan...nextime aku letak pic2 bersanding pulak k...
kami budak baru belajar....hahahaha
http://www.lorongterbabas.blogspot.com/ sebab dah jauh terbabas, so aku pun jarang bukak blog tu lagi.
So, nak di pendekkan cerita, aku buat blog ni atas beberapa sebab.
Firstly, Wife aku yang suruh...coz dia excited tengok akak dia sudah ade blog sendiri http://www.nurmutiarakasih.blogspot.com/ n dia pun nak try how to create blog sendiri. So, aku create lah blog ni se simple mungkin as a special gift for her teacher's day.
Secondly, coz aku rasa berbaloi if we got our own blog. Aku x harap blog aku ni diminati ramai n achieve hits yang tinggi, cukup sekadar tatapan sendiri dan family. Sebab pada aku onces kite menulis di dalam blog, yang tersurat adalah yang benar2 ikhlas lahir dari hati yang suci dan bersih dan jujur. Ini sangat berguna suatu saat nanti...
Ketiga, sebab aku nak memori kan beberapa wedding pic kami.
Ttanggal 7 march 2009 adalah tarikh keramat bagi kami apabila kami selamat diijabkabulkan di Pontian. Hari besar kami diraikan bersama ahli keluarga dan sahabat handai dalam majlis yang sederhana tetapi meriah. So, memandangkan ramai kawan2 diluar sana yang x dapat hadir, boleh lah korang tengok pic kami disini k...